Saturday, June 27, 2009

Aku yang biasa sahaja...

Dilahirkan di kalangan orang kampung, apalah sangat diri ini jika dibandingkan dengan mereka yang lain...yang masing-masing dilahirkan di bandaraya metropolitan, dan ada yang di luar negara. Aku terkadang termenung memikirkannya. Memikirkan hikmah di sebalik takdir ini.

Lantas, aku terkenang kelahiran Rasulullah S.A.W, di kalangan orang musyrik Mekah. Ketika itu, lembah Hijaz bukanlah gah atau metropolitan. Ia hanyalah suat tanah kering kontang yang terpencil. Baginda dilahirkan untuk membangunkan modal insan di sana, sehingga terlahirlah nama-nama besar seperti Ab Bakar, Umar, dan lain-lain...